Sunday, April 7, 2013

Mummy oh mummy

Adeh ibu...

Senyap-senyap adik aku bagitau aku yang mak aku terjatuh , pengsan kat dapur rumah. Mak aku memang tak suka nak beritahu anak-anaknya bila sesuatu da berlaku pada dia. Selalunya kami dapat tahu dari adik bongsu je. Itu lah mak kami... tak nak susahkan anak katanya.

Tapi, bila je kami adik beradik dapat tahu, terus kami pakat balik ramai-ramai. kami nak pujuk mak pegi klinik.

Menurut mak, dia pengsan semasa sedang cuci pinggan. sedar2 je mulutnya da terkoyak dan berdarah.

Kalau pergi klinik ketika itu, da tentu kena jahit. Tapi disebabkan da lebih dari 24jam, memang da tak boleh nak buat apa.

Ini da kali kedua mak pengsan sorang-sorang kat rumah. Kami adik beradik memang bising bila mak nak balik Teluk Intan sorang2. Tapi, orang tua...pepaham je la.

Harap-harap lepas ni mak da tak pengsan lagi. puncanya mungkin sebab mak suka lengahkan makan. Aduhai bonda...

KEADAAN BIBIR MY MOM

Day 2
After a week
Day 14
Day 44
Now





No comments:

Post a Comment

Happy Reading! Please leave ur comment then. Thank you!!

❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀