Monday, January 21, 2013

Keluarga jauh balik Malaysia

11 January lepas, kakak ipar (kakak suami) balik Malaysia dengan familynya. Rindu, da almost 5 year tak jumpa. Last jumpa masa aku pregnantkan Airis. Maknanya Airis tak pernah jumpa family mak andak lagi.

Kak Ros da jadi pemastautin tetap US. Biasanya dia memang akan pulang Malaysia setiap 3-4 tahun. Sepatutnya hujung tahun lepas, apak ngan mak ke US untuk melawat kak Ros. Tapi oleh kerana doktor tak benarkan apak travel jauh2 oleh sebab jantungnya tak stabil, langsung diorang tak jumpa satu2nya anak perempuan diorang tu. Sebab tu kak Ros balik ngan familynya, sebab nak jumpa mak ngan apak yang da terlalu merindui dia. Balik pun kejap je sebab anak sulungnya, Sean, tak ikut skali, dia da mula bekerja. Da besar pun dia. 

Kak Ros balik ngan husbandnya, Scott, juga dua anak daranya, Samantha dan Saria Marie. Walaupun jarang jumpa, diorang tak kekok bercampur ngan sanak saudara kat Malaysia ni.

12 January tu, apak ada wat kenduri kesyukuran kat kampung, tapi kami sekeluarga tak dapat serta sebab pegi ke seminar BERANI 2013 tu. Sedih gak..

Tapi, hari Rabu lepas, abang Uda husband ada buat makan2 sekeluarga. So, kami hanya jumpa kat situ. 

Penuh umah abang uda
Kak Ina isteri abg Uda sibuk layan tetamu
Meriah...

Saria Marie sangat manja ngan kak Ros
Aku ngan Saria Marie
Kami sekeluarga bergambar ngan kak Ros dan Scott
Seminggu kak Ros kat Malaysia, diorang tak banyak jalan pun. Paling jauh pun dapat pegi Melaka je.

Kak Ros dapat tiket flight balik semalam, jam 9am. Pukul 8am da kena check in kat airport. Awalnya.. kejap je dapat jumpa.

Da siap2 nak balik
Aku ngan Samantha dan Saria Marie
Bergambar beramai2 seblom naik flight
Bye! Bye! We will miss u...
Insya Allah, panjang umur kami akan jumpa lagi bulan June tahun depan.




No comments:

Post a Comment

Happy Reading! Please leave ur comment then. Thank you!!

❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀