Sunday, March 8, 2015

Rindu bertandang lagi...





Aku ke Teluk Intan dengan mysayang. Berdua je. Sebenarnya aku nak jumpa Norizan yang baru kehilangan adik ipar dia yang meninggal dunia akibat kemalangan. Aku nak sampaikan sumbangan dari sahabat group Whatsapp aku, semua kawan-kawan sekolah menengah.

Kami bertolak dari Subang pukul 7.45am. Kebumi pukul 10am di Tanah Perkuburan baru di Taman Teluk Intan, aku dapat jumpa Nor selepas pengkebumian. Aku hanya sampaikan sumbangan dan kemudian beransur, ke pekan Teluk Intan.

Alang-alang da bawak Surah Yaasin, kami singgah jap ke kubur arwah Abah di Durian Sebatang. Da lama tak jenguk.




Bersih je kubur arwah abah. Alhamdulillah...


Yang ni kubur arwah atuk.


Yang ni kubur opah.


Kubur arwah atuk ngan opah agak semak. Nasib ada mysayang. Tak payah suruh, dia buat sendiri. Tu yang buat aku sayang gilerr kat dia. Heheheeee...









No comments:

Post a Comment

Happy Reading! Please leave ur comment then. Thank you!!

❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀