Monday, November 3, 2014

Al Fatihah Iela

Berakhir sudah penderitaan Iela. Dia telah pergi menghadap Ilahi pada pukul 10 pm malam tadi disamping keluarga dan teman rapat termasuk adik aku, Baby.
Aku dengan kakak dan abang ipar aku bertolak ke Ipoh pagi ni. harap sempat ke pengkebumian.
Bertolak pukul 7.30am, sampai Regan Pagoh 3, Ipoh dalam pukul 9.30am. Giler laju abang ipar aku bawak.

Sampai rumah arwah, da penuh dengan sanak saudara dan sahabat handai. Ternyata arwah disenangi rakan-rakan.

Pukul 10.30am baru jenazah dimandikan seterusnya dikapankan.

Jenazah disembahyangkan di masjid berdekatan, dan dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran Station 18.

Moga dicucuri rahmat.


Abang ipar aku tolong angkat jenazah.

Baby, Ita dengan arwah memang kawan baik masa zaman persekolahan. Tinggallah mereka berdua.

Adik arwah, Zura adalah insan yang paling sedih kerana dia yang menjaga arwah sepanjang beliau sakit semasa hayatnya.

No comments:

Post a Comment

Happy Reading! Please leave ur comment then. Thank you!!

❀ http://apieceofme-shasha.blogspot.com/ ©Copyright 2012 Design By ShaSha ❀